Feb 20, 2010

Dina Halim Bridal Boutique Online Contest

 

 
 
 
    ~ Saya ~ 

                                                                                                     ~ Dia ~      


                                             DAN

 ~KaMi~



KENAPA SI DIA PILIHAN HATI SAYA...

Siapa yang tak suka if ada prince charming yang sanggup menunggu bertahun - tahun lamanya dengan sabar sebelum dapat memiliki cinderella nya. Saya hanya budak perempuan biasa yang comot waktu Iwan bertemu dengan saya. Baru berusia 16 tahun, terlalu muda sebenarnya untuk memahami cinta. Dan Iwan yang tua 7 tahun daripada saya sudah cukup dewasa, sudah bercampur dengan dunia luar.. Sepatutnya, dia boleh memilih yang lain jika dia mahu. Boleh cepat - cepat membina istana cinta dari menunggu saya yang masih dengan angan- angan 'sweet 16'. Bila difikirkan, apa lagi yang ingin dia tunggu.. dia sudah bekerja dan berkereta.. saya SPM pun belum ada. Arah tujuan hidup pun belum pasti. 

We meet through the net'. Siapa kata berkenalan di dunia siber tak boleh bertahan lama. Semua boleh jadi bila ikhlas. Ikhlas itu sangat penting.. dan dia sangat ikhlas berkawan dengan saya. Permulaannya kami umpama sahabat, dia tidak putus - putus memberi kata semangat.. saya harus belajar bersungguh - sungguh. Dia tidak pernah mengajak saya bercinta waktu itu kerana dia tidak mahu pelajaran saya terganggu tetapi tidak pernah jemu mengenali saya. Saya juga sama.. saya perlu cemerlang dalam SPM. Jadi, kami menjadi sahabat baik.. walaupun jarang sekali saya berjumpa dengannya, hanya berbual di telefon. Yela.. saya bersekolah di sekolah asrama..  sebulan sekali sahaja pulang bertemu keluarga. Bertemu kawan - kawan hanya pada cuti semester.

Dan semuanya berjalan baik.. saya berjaya ke matrikulasi selepas SPM, jauh di Pulau Pinang.. jauh dari keluarga di Shah Alam, dan jauh dari Iwan di Petaling Jaya. Hanya telefon sering menjadi penghubung kami. Sekali sekala saya pulang, Iwan mesti menanti saya di Pudu Raya, menghantar saya pulang dengan selamat ke rumah keluarga. Bila umur saya 18 tahun, kami fikir kami sama - sama bersedia. Walaupun seorang di hulu, seorang di hilir.. kami nekad. Jadi kami bersetuju mengikat janji.. Janji yang kami sama - sama akan melangkah ke jinjang pelamin satu hari nanti. Janji yang kami akan hidup bersama. Dan dengan janji ini, kami sama - sama mengaharap cinta kami direstui Illahi. Walaupun kami sedar.. perjalanan masih jauh.. macam - macam dugaan pasti tiba.

Nasib kami baik, saya melanjutkan pelajaran di UiTM Shah Alam. Seronok rasanya buah hati di depan mata setelah hampir setahun berjauhan. Kami jadi semakin akrab. Setiap minggu boleh berjumpa. Iwan jadi sahabat saya yang paling baik. Dia sangat mengambil berat.. dan saya sangat selesa melalui zaman remaja saya dengan dia ada di sisi saya. Rasa sangat terbimbing bila ada seorang yang lebih dewasa, yang sangat menyayangi saya, membantu saya mengharungi cabaran hidup sebagai remaja di kota yang besar.

Ada yang bertanya, tidak susahkah mempertahankan hubungan kami yang telah berusia 7 tahun lebih kini.. Memang banyak cabarannya. bayangkan dunia seorang gadis, ada rakan - rakan sekeliling yang bertukar kekasih bila bertukar lokasi.. rakan - rakan saya ada yang bercinta di bangku sekolah.. masuk ke matrikulasi bertukar pasangan dan iyela.. matrikulasi setahun cuma, ke universiti seorang di Johor, seorang di Kuala Lumpur. Nak jadi Jurutera atau Peguam, 4 tahun lamanya. Bayangkan 4 tahun itu berjauhan, ramai yang kecundang, bertukar pasangan lagi. Saya beruntung, Iwan di depan mata selalu.. Dia sentiasa yakinkan saya dengan sikapnya.. saya betul - betul percaya dia yang terbaik untuk saya. Tanpa menoleh kanan  kiri pada karenah rakan - rakan yang lain, saya meneruskan langkah saya.

Dugaan itu tidak berhenti begitu sahaja, saya seperti yang lain punya impian. Ingin mempunyai pengalaman dalam banyak benda. Saya dapat tahu ada peluang untuk ke negeri artistik dan romantis, Itali. Saya ingin mencuba mendapatkan biasiswa itu. Saya tidak mahu pergi sekejap dan tidak pandai berbahasa. Jadi, saya memohon untuk pergi selama setahun. Apa Iwan kata? Dia akan rindukan saya.. dia memang mahu saya cepat bekerja sebab Mama dan Abah mahu saya bekerja tetap sebelum berkahwin. Dia ingin mengahwini saya. Tapi dia tahu itu impian saya.. dan dia lepaskan saya pergi. Mungkin, Tuhan lebih mengerti.. permohonan saya diluluskan untuk 4 bulan sahaja. Jadi, kami berpisah lagi selama 3 bulan lebih. 

Saya pulang awal sedikit dari tarikh sepatutnya sebab saya perlu pergi temuduga kerja. Saya sebenarnya tak bersedia. Berita itu saya terima dengan sangat lewat. Saya cuma ada 4 hari untuk selesaikan semuanya di Itali. Saya jadi buntu.. tapi Iwan tetap yakinkan saya. Dia kata, saya berpeluang untuk dapat jawatan ini.. jawatan yang baik dan tetap. Nanti saya tidak perlu mencari yang lain.. dan saya tahu, jika saya dapat, saya boleh mula merancang perkahwinan kami.. Dan Iwan tidak silap, saya berjaya.. Terima kasih sayang sebab yakinkan saya.

Bagaimana jika anda seorang lelaki seperti dia, ingin meyakinkan seorang gadis yang baru nak dewasa, masih mempelajari erti hidup.. yang anda terbaik untuknya? Iwan tidak pernah mengongkong saya.. dia menyayangi saya dan memberi ruang untuk saya mencapai impian saya.. seperti lagu 'Butterfly' nyanyian Mariah Carey..


ooh ooh
When you love someone so deeply
They become your life
It's easy to succumb to overwhelming fears inside
Blindly I imagined I could
Keep you under glass
Now I understand to hold you
I must open up my hands and watch you rise

Spread you wings and prepare to fly
For you have become a butterfly (Oooh)
Fly abandonedly into the sun
If you should return to me
We truly were meant to be, so spread your wings and fly
Butterfly



Dan dia selalu kata..

"Saya cuma ada awak dalam hati saya... dan itu tidak akan berubah selama - lamanya"

dan sekarang saya ingin jawab..
Iya, sayang.. saya tahu.. dan saya tidak pernah ragu - ragu untuk itu.
Terima kasih kerana menjaga saya.. dan terus ingin menjaga saya.
Semoga dengan rahmat-Nya, kita bahagia dunia akhirat bersama..
Amin..

MAJLIS IMPIAN SAYA..
Saya mengimpikan sebuah majlis perkahwinan yang simple, sweet in grey, silver with a bit pink touch. Sesuatu seperti taman fairy tale tetapi tidak terlalu sarat. dan rakan - rakan serta keluarga juga berasa selesa dan dapat bertemu, bersembang lama setelah sekian lama tidak bertemu. My wedding is not just about me, him and our love.. it's also about our family blessings and our friends happiness.. All in all.. a joyous day.

HUBUNGAN KAMI BERUSIA..
7 tahun 6 bulan
  

8 comments:

kilah said...

so sweet jenu.
dulu..ak mcm tk yakin boleh pergi jauh sebab kita sgt muda..
tahniah dan moga perkahwinan kau diberkati dan diredhai Allah serta dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah..=)

Hana said...

Hehe.. thanks kila.. de jugak korang nak membace2 cni :D Ko bile plak..:)

ElyaElmo said...

alalalala sweet nyeee :)

Hana said...

sori, yg lame tuh de typing eror..
malu la.. :D tp if jumpe skola rendah mesti lain citenya.. banyak la I tambah2 lagi ye.. :D

Dina Halim Bridal Boutique said...

salam Hana :)

Bertuahnya, ada pasangan yang memang dah matang dan boleh membimbing kita kan? Pasangan yang tak mengongkong, penyabar dan sanggup menunggu Hana sehingga Hana bersedia untuk berumah tangga..memang besar pengorbanan si dia tu..

Akak mendoakan semuanya akan berjalan lancar..amin~

Hana said...

Terima kasih akak sbb sudi lawat blog sy n doakan sy :) smoge akak pn berjaye slalu lam biz akak.. :)

aZLiNa aZiZ said...

suka! suka! suka! bila ada orang yang dewasa dan matang guide kita ke arah yang betul. =)

Hana said...

Thanx azlina sbb sudi bace cerita sy :) ye.. sy rase sgt beruntung.. :)