Mar 30, 2017

Kalau Anak Tak Berapa Pandai / Jom Sembang Tender

Dah lama sangat nak tulis pasal ni.. Dah tepat pukul 1 dan memandangkan I pose.. so jom tulis sikit pasal dua topik di atas yang confirm akan panjang berjela.

Rasanya sebelum tak pernah lagi menulis sesuatu berkaitan dengan pekerjaan hakiki harian :p hahaha.. cuma menulis sesuatu dengan element of costings sebab we all trained to do that :D Dah2 lupakan tentang aku.. sebab cerita ni tentang semua :)

Lebih kurang setahun lepas yang lalu, aircond rumah aku yang memang dah exceed 3 tahun tu mula lah menunjukkan tanda - tanda kena servis.. tak sejuk.. tak sejuk.. filter memang la hubby selalu je basuh filter.. Tapi ini servis extra dari basuh filter. Aku pon cakap la siap - siap kat hubby aku malas la nak panggil orang - orang yang de sangkut paut ngn opis aku..' kawan kawan atau kontraktor' :D :D Sebab hubby is an IT exec.. so first terus bukak facebook cari.. and we come across this pakcik.. Malay pakcik yang buat servis aircond dari rumah ke rumah. Hubby pon call dan buat temujanji ngn pak cik ni. Bagus pakcik ni.. usia dah dalam 50an rasenye ke 60 dah.. Datang memang on time. Die takde la panjat - panjat. Die datang ngn workers yang berbangsa asing tapi ditrain untuk servis aircond. 

While hubby sibuk tengok staf pak cik ni buat kerja aku pon sembang la sikit ngan pakcik ni. Ntah macam mana masuk plak topik tender dan sebutharga gomen.. Pakcik tu laju aje cakap gomen asyik bagi kontrak pada orang yang sama..Aiks..( accusing my office) huhu..  aku tak marah pon sebab tahu.. banyak cakap cakap orang dan persepsi berkaitan tender dan sebutharga gomen. 

Aku pon tanya yang basic basic je.. Sebab nak masuk tender gomen first, knowledge la yang penting. Sebab daripada knowledge kita akan tahu flow apa yang perlu dibuat. "Pakcik de lesen MOF ke CIDB ke tak". Dia cakap dia dah give up dah so dia tak renew. Give up sebab tak lekat pon ngn tender mana - mana. Tapi, dia jugak mengaku waktu dia ada lesen dulu dia dapat small job daripada banyak office gomen dan sebab dia kat facebook, sampai sekarang ada orang office gomen yang call tanya nak offer job only to find out yang dia takde lesen MOF.. (tu belum lagi cite Sijil Perolehan Kerja Kerajaan SPKK)

Tapi Alhamdulillah, pakcik ni masih berbangga sebab dia bertahan walaupun bussiness in actual market adalah mencabar dengan persaingan yang macam macam.. Thumbs up to pakcik sebab tak rely on government projek je.

So, daripada mukadimah cerita aku.. pe conclusion yang korang nak buat.. (takyah la cakap betul la pacik tu cakap.. tu yang kitorang rasa.. hohohoho) Korang ni kena pegi kursus kalo betul - betul nak pandai.. kalo google banyak orang bagi kursus pasal cam mane nak masuk tender gomen.. haha.. Nanti la I cerita pasal ni..

Alhamdulillah.. aku diberi peluang oleh Allah untuk duduk dalam satu organisasi yang aku deal dengan ramai kontraktor kecil - kecilan.. macam - macam bidang. I can see who success., who fails.. who struggle.. bukan mudah tetapi tidak susah dengan keinginan. (Ps : aku bukan kontraktor - aku pon tak tau struggle sebenarnya. Tapi jangan la buat korang rasa susah la.. tak boleh ni.. ) percayalah semua boleh.. percaya yang rezeki daripada Allah.. dan usaha. 

Sama jugak untuk mak mak yang asyik cakap.. anak aku ni, tak pandai, nak jadi apa la.. tak masuk universiti.. Insha Allah rezeki tu Allah yang punya jadi lorongkan ke direction yang betul untuk membuka peluang yang lebih baik untuk anak anak. 

Kenapa la agaknye gomen ni beriya -iya dengan kursus kemahiran yang macam - macam dan sijil vokasional. Anak anak yang nak masuk sekolah vokasional tu sila - sila kan.. cuma pastikan anda habiskan pengajian. Tidak semua kita lahir dengan IQ yang membolehkan kita masuk universiti tapi.. Allah dah janji setiap orang ada potensi diri masing masing yang kalau digilap, boleh jadi hebat. Being in my position, aku dah nampak ramai yang mendaki dari sijil sijil kemahiran tu last last bleh hidup senang. Insha Allah dengan cara yang betul.. you will go into that direction. Kalau korang nak tahu, percentage orang dapat kerja yang keluar daripada politeknik tu sometimes lebih tinggi dari yang graduate universiti.. nak nak bila graduate bawah 3.0..  untung orang yang diajar kemahiran hands on..  kalau tak dapat kerja pon boleh amek upah kan.. tapi so far, banyak peluang kerja untuk orang orang yang ada skill kemahiran ni. 

So, kalau la ada adik adik diluar sana rasa tertekan la sebab tak dapat A yang banyak - banyak tu, takpe.. ambil peluang untuk belajar kemahiran di mana - mana. Bleh la korang masuk IKM ke.. Adtec ke.. ILP ke.. Politeknik ke.,, kalo agak - agak nak try jadi skill worker company over sea tengok tengok Malaysia Japanese Ins ke Malaysia German Ins ke Malaysia France Ins ke.. dan lain lain tempat yang offer course kemahiran. Look into specialist punya direction.. peluang untuk jadi technical people in shipping ke oil and gas ke.. (if korang nak gaji extra la). Yang minat elektrik.. usaha sampai dapat lesen chargeman.. gaji riban - riban tu chargeman yg level tinggi2 tu. 

Why I ask you guys to go for specialist.. anything special ni higher fees la kan.. kalo korang masuk tender pon tak ramai.. in example, tender cleaning, easily 100 orang bleh enter tapi kalau korang masuk tender sanitary waste ke pest control ke.. automatic no of people yang masuk bleh drop less than half daripada yang masuk cleaning tu. Kenapa? sebab specialist.. nak buat pest control kena ada lesen racun...  Of course kos mula selalunya lebih mahal untuk jadi kontraktor camni.. nak belajar.. nak buat lesen sume..Sama la kontraktor CIDB pon ada kategori yang specialist contoh macam paip air.. kena ada lesen Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.. baru la boleh ade lesen buat paip air by CIDB.

'Ala kak.. tapi adik ni takde duit.., mak ayah bukan orang senang..' 

Ye.. takpe, boleh mulakan proses belajar kemahiran tu yang biasa2 je.. belajar wiring kat IKM. Tak salah pon.. atau mana mana yang memang bagi pinjaman or elaun gomen.. Next step.. Untung la kalau mula - mula pon dah dapat masuk company best best... de peluang nak naik.. de peluang nak dapat gaji banyak.. tapi kalau ditakdirkan belum ada rezeki lagi.. takpe, jangan mengalah. Masih ada ruang untuk bina kerjaya yang baik. 

Al kisah jalan susah... ade sorang mamat yang ku kenal ni, bermula daripada bawah.. habes dapat sijil kemahiran, kerja dengan kontraktor yang buat servis aircond untuk gomen.. panjat tangga, buat servis aircond, sehingga pada satu tahap dia dah jumpa macam - macam masalah, dah pandai nak solve masalah berkaitan aircond yang of course die dapat melalui pengalaman dia bekerja. Dia pon dah start boleh jadi head.. monitor orang buat kerja.. lepas tu move plak jadi subkontraktor.. orang lain dapat tender, tapi dia yang buat.. and dapat upah la.. Now, Alhamdulillah dengan usaha yang lama tu.. dia dah de buka company sendiri, dapat pulak job kontrak atas nama company dia sendiri.. So, semua tu tak mustahil.. 

P/s : korang kalau dah buat job subkontrak tu tolong la mintak surat yang mengatakan korang buat kerja subkontrak kontraktor pe...value sume.. official. Sebab kalau main kontraktor tak keluarkan surat... profile company bab pengalaman tu macam zero.. macam korang takde pengalaman. Padahal banyak pengalaman.. setengah tempat tak layan list pengalaman tanpa bukti. Memang la kalau mula - mula bukak company, terus nak dapat projek gomen tu susah sikit.. sebab tu la bila buat kerja subkontrak, bila buat kerja kecik - kecik kilang or office mana mana tu.. sume mesti minta surat untuk buktikan pengalaman korang.. baru la peluang tu lebih cerah. 

Tips seterusnya.. haha.. pastikan korang berdaftar.. first, daftar syarikat SSM.. pastu, daftar la Kementerian Kewangan MOF ngn CIDB, dapatkan sijil perolehan kerja kerajaan.. Kalau takde banyak duit, mulakan dengan company kecik2.. score untuk job kecil kecilan dulu sebelum aim yang besar besar.. nanti dah running bolehla upgrade ke.. bukak company baru ke. Rajin - rajin tengok iklan sebutharga kat website.. build networking untuk dapatkan kerja - kerja runcit yang panggilan direct. Jaga prestasi.. fail prestasi ade can kne banned dengan semua agensi. Jangan tipu pengalaman.... tak berkat boleh tergugat.. huhu..

So far, kalau orang yang asyik dapat tender tu dia ada beberapa kebarangkalian yang biasa terjadi.. 1) dia duduk kat kedai kopi bgtau aku dapat projek ni.. yes.. korang ingat company dia padahal dia project manager utk company lain.. so dalam teknikalnya.. tak nampak orang yang sama dapat projek sebab owner company lain lain.. P/S: kalau pape jadi projek telangkup kitorang confirm cari owner.. jagalah lesen anda dengan baik :D
2) Die memang bagus... dia buat market study.. harga dia tepat pada sasaran yang dikehendaki.. dia dah masuk tender banyak kali.. dia dah tahu nak establish trend.. (yup.. this is bussiness so this is market). At least dah jumpa la jenis orang yang macam ni.. macam mana pun percaya rezeki milik Allah.. siapa usaha dia dapat.

Dan last and not least... baca betul betul.. kalau kena pergi lawat tapak tu pergi.. dengar apa dokumen nak sume.. dapat dokumen tu baca betul - betul2 kulit ke kulit.. hehe.. barulah requirement untuk short listed tu mengena sbb sume doc yang perlu tu ada.. dan of course Harga yang baik.. yang hanya anda akan pandai dengan pengalaman.

Ok.. habes jugak akhirnya cerita panjang aku... aku nak sambung buat kerja plak ! Kalau de manfaat yang korang dapat daripada artikel ni.. Alhamdulillah.. doakan aku dan family bahagia dunia akhirat.. :) Dapat rahmat untuk masuk syurga :D






 

Apr 7, 2016

KIDS CLOTHING ONLINE – SOLUTION FOR BUSY DAYS

How many of you loves online shopping for kids clothes... ?? :D

With convenience of Online Banking, Paypal and Currier Services, It just so tempting right?
Bright beautiful pictures... so many choices.. Cool design.. Some we won't see in physical store.
Plus with the fact that we just need a measuring tape and some click on a high speed internet to decide on a purchase. It is so easy... and a real friend especially when you're on maternity leaves ..Cannot go out on Pantang days right ;D or when some approaching school events clash with dateline :D







Both my kids have their birthday at the end of the year (Nov and Dec).. and they usually got birthday celebration at school. However... end of year always some super busy days to me at work so I have limited time to arrange everything especially the clothes that make they feel special on their birthday. Online shopping ability is like a rescue during these days... Like One of the popular online platforms which offer an amazing range of kid’s clothes for parents to choose from , ZALORA.  Parents have the luxury of shopping kids clothing online with only a few clicks of a button. They have wonderful clothes range.. from birthday princess, cool kids in town look to cute baju kurung and long muslimah kids' dress, I believe there's always something that suit parents and kids current needs.

This online shopping for kids clothes trend really suit busy working parents. We can decide to relax at home on weekends after tough weekdays, spending time with our kids in the comfort of our own home but still can do some essential shopping :) We can even save some more with no fuel and tolls needs or the risk of buying any additional things that actually not important to be bought now :D And.. save all the tantrum episodes that usually happen when the kids start to get tired or bored as we looking around for suitable clothes for them. No need to face crowds and so Hassle Free!!


With all the money saving and extra time that we got by doing online shopping, we can head to the theme park or zoo that the kids been mentioning to go to.. or have a family holiday.. Certainly, a more quality time for them!


Let's save some by doing online shopping and have fun shopping for the kids clothes!



Feb 11, 2016

Pampers.. Diapers.. Cam mane korang pilih?

Hari ni nak cerita pampers.. sebab baru lepas balik dari beli pampers.. :p Kalau cerita bab harga memang memang sangat sangat.. asyik naik je.. if count by keping lagila, sebab kepingannya berkurang even if harga dikekalkan. Kalau cerita Drypers dari harga RM28 pack paling besar, skang kalo offer pon RM31.90 paling murah :( sedih sangat...

Saya tak la pandai sangat cuma nak bagi opinion untuk mommies mencuba apa yang disukai. Waktu anak pertama, pergi baby fair.. excited sangat beli mammy poko untuk new born.. quite affordable jugak la price.. and that time design nye best sebab ada ruang pusat :D so if tali pusat belum gugur takla ditutup pampers. Tapi sebenarnye time newborn ni cari la pampers yang lembut dan murah. Elakkan yang mahal sangat sebab sometimes smpai 10 keping sehari.. baby kerap minum if breastfeed n kerap berak.. beraknye sikit sikit :D Tapi tak perlu la stock up sangat.. dia membesar sangat cepat, tiba - tiba newborn dh tak muat. Size S lebih bagus, lama sikit boleh pakai dan sebenarnya tak kisah if fitting tu tak berapa fit sangat sebab dia xbergolek pon :p besar sikit pon ok je :D Choose wisely selesa and affordable..

Yang penting.. harga sekeping :) Harga per pack bahagi bilangan keping satu pack.  Lain brand lain bilangan keping per pack.. so harga sekeping is the best cara untuk compare harga pampers :)

Contoh:

Drypers : RM32.00 size M, 80 Keping
Harga sekeping : RM32 bahagi 80 =  RM0.40 sekeping

Mamy Poko : RM42.00 size M, 60 Keping
Harga sekeping : RM42 bahagi 60 = RM0.70 sekeping

sehari pakai berapa keping? ikut keperluan masing - masing

Mamy poko 4 keping sehari
Kos sehari :RM 0.70 x 4 = RM2.80 sehari

Drypers 6 keping sehari
Kos sehari : RM0.40 x  6 = RM2.40 sehari

atau combination
4 Keping drypers, sekeping mamypoko

Kos sehari drypers : RM0.40 x 4 = RM1.60
Kos sehari mamypoko :  RM0.70 x 1 = RM0.70
TOTAL combination RM1.60 + 0.70 = RM2.30

Setengah orang suka asingkan pampers siang dan malam bila baby besar sikit sebab... yang lebih menyerap tu xpayah la bangun tukar pampers memalam.. hehe.. tukar sebelum tidur, tahan sampai lepas subuh :) dan.. pampers malam jugak sesuai untuk jenjalan sebab.. tahan lama, tak perlu kerap ke tandas.. Bila ada 2 anak yang masih berpampers, masuk toilet 2x untuk lain- lain baby pon dh penat.. kalau 2x setiap baby... hmm...

Rupanya, pilih pampers pon ada ragam jugak.. perempuan lain, lelaki lain.. hehe.. dan faktor seperti siapa yang jaga baby? berapa kerap pampers ditukar? anak kita sensitif tak?

My 1st baby girl agak sensitive, kalau tak kerap tukar, kena pakai mamy poko or skin dia melecet. If kerap tukar, boleh pakai brand lain. Saya beli ikut apa yang offer time pergi beli.. hehe.. pet pet ke drypers ke huggies ke.. If I notice the pattern of caregiver jarang tukar, I quickly provide mamy poko tapi if die kerap tukar I bought something cheaper.. (kalau taska tu bleh la tengok jadual dia and baki pampers yang kita bekalkan) and if it happens that die sakit perut kerap berak and skin dah melecet, pakai la mamy poko sampai skin dia ok. Itu baby saya la.. Lain baby lain ragamnye.

Saya tidak begitu ambil tahu tentang cutting pampers sampaila saya dapat baby kedua.. si comel boy saya.. hmm... Al kisah adik memang tinggal di taska, dan saya dah tahu dia ada jadual tukar pampers.. adik pakai apa saja yang offer di pasaran.. except malam dan berjalan, I still bought mamy poko for that purpose.. sebab convenient bagi saya. Sampai la pada satu titik usia bila size adik antara M dan L.. gr..  Bila pakai mamy poko M pon, masih bocor ke atas sebab naturenya basah di bahagian depan tidak meleleh ke bawah.. owh, rupanya.. boy perlukan cawat yang lebih panjang :D :p :p haha... quite a discovery to me.. saya pon tukar la ke size L... dan saya benci bila die mula kencing sedikit tetapi pampersnya melendut sebab sizenye sebenarnye  besar, bukan sebab pampers telah penuh...

I turn to my sister.. sebenarnye saya tidak faham kenapa dari anak pertama (anaknya dua dua laki) dia sangat setia dengan huggies terutamanya yang berwarna hijau.. Saya tak tanya pon, cuma dalam proses discovery itu, saya terjumpa pampers tu sale... 60 keping RM33.. saya beranggapan mungkin kualitinya setanding mamy poko.. sebab anak saudara saya hanya memakai itu 24 jam.. Saya beli size L, dan bukak.. haha.. ternyata cawatnya sedikit panjang (it quickly become khayra's night pampers, she only wear pampers at night now) so saya beli size M.. bagus, saya dapat kepingan yang lebih.. saya cuba siang dan malam dan ternyata it fit adik not so chubby size.. finally, a pampers I can rely on.. tapi... susah nak jumpa die sale, yang jumpa tu kebetulan :p cian adik.. he has to wear whatever affordable, currently wearing huggies pull up pant size M... RM51 untuk 120 keping... huhu...

Oleh sebab nak travel nanti I decide to buy this...



Hehe.... ada huggies ultra pants baru :) and... yang bestnya, ada sale plak tadi.. suka2.. nanti la try, it claims   design ikut girl ke boy sebab as per ape yang dah discuss kat atas, lain la keperluan baby girl ngn boy.. girl perlukan central absorp, boys perlukan front absorp.. harapnye it's a good quality one.

oh.. between.. bila size in between ni.. calculation kita pon kena berubah...

Let say, mamy poko M is bigger than drypers M.. so if beli drypers kena beli size L... and L comes with 68 keping je instead of 80.. contoh la :p

so drypers sekeping dah jadi 0.47... dan if kekerapan pakai sama.. maka 0.47 x 6 pieces.. sehari dah cost like RM2.82... hmm.. at this moment, kena kira semula apa yang terbaik..

ok... selamat mencuba pampers di pasaran.. me too still buat discovery!!

Masih Blog Yang Saya Cinta

Rupanya dah setahun tak menulis di sini.. hmm.

Selamat Tahun Baru 2016.. harapnya saya dapat mengumpul lebih banyak entri menjelang 2017 :D

Banyak yang terjadi walaupun 2016 baru bermula.. harapnye banyak lagi saya dapat menulis.
Saya berpendapat blog ni patut terus menjadi satu blog tentang ape sahaja yang saya fikir saya ingin kongsikan.. kurangkan sikit cerita hidup saya... if nak stalk sila ke tumblr :p Tak perlu kot.. saya orang biasa biasa saja. Kehidupan saya hanya biasa..

Saya mungkin akan ada lagi kisah ceritera majlis kahwin di masa akan datang. Saya ada dua adik laki yang belum kahwin :p Dan saya hampir pasti akan sama sama pening memikirkan majlis kahwin mereka :p They are 6 years and 12 years age difference than me.. (They still play computer games in my room after I got married. :D :D They maybe forgot they have new Brother in Law- last 4 years story) Seb baik dah pindah :p :p Dan masih lagi kakak yang belikan baju at sogo .. atau mereka masih menempek sebab nak beli robot kat Amcorp Mall atau PS4 dekat Digital Mall :p Atau tolong pilihkan bakal adik ipar gelang Pandora.. semua tu kerja seorang kakak kot.. hahahahah.. They love my hubby because he is so into toys.. and tech savvy.. grrr.. oh, I love them both.. :D :D :D

Ok... cukup la tu saya mengomel. Saya akan tulis sesuatu yang lebih bermanfaat..

Jan 19, 2015

Rasa Sayang Hei..

Huhu..
Happy New Year 2015
Ha ah.. dah lambat.. tahun lepas adalah tahun yang sangat sibuk
Not really have time to discuss things perfectly..
Jadi blogging lebih ringkas di tumblr
Setahun di sana.. so setahun punya entry di sana ;D

Rasa nak tinggalkan blog ni.. tapi sayang
Bertahun menulis.. macam - macam
Biarlah tetap ada di sini..
Walaupun mungkin pos tak kan sekerap dulu

2014 banyak melayan anak - anak ;D
Si kakak yang baru nak belajar macam - macam
Si adik baby yang perlukan banyak perhatian
Harapnya tahun ni ada sedikit masa ;D