Oct 6, 2018

Kisah Mencari Sekolah Tadika

Tahun depan Izzul akan masuk 6 tahun..

Masih saya ingat ketika Khayra nak masuk 5 tahun, bersungguh sungguh saya pergi ke beberapa centre untuk melihat dan memilih tempat terbaik untuk si comel  :) maklumlah first time, dan berbagai keinginan ada dalam hati saya. Kita cuba mencari kesempurnaan :D so macam mana mummies pilih tadika? Some of the things yang saya belajar setelah both my babies dah masuk tadika..

1) There’s No Perfection! What’s the language we prefer

Kalau nak anak speaking berabuk, speaking la di rumah.. tips dari a cambridge teacher :D dan.. hantarlah ke centre yang memang full english. Selalunya centre begini harganya lebih mahal daripada centre biasa yang claim dia english islamic. Contoh : fees brainy bunch lebih mahal daripada little caliph. So is fees real kids pon lebih mahal daripada itu. English Islamic centre seperti little caliph, genius aulad, dzul iman membantu anak untuk memahami English, membaca English dan dalam masa yang sama anak anak mahir membaca bahasa melayu. Tapi xde la speaking berabuk. Kebanyakan centre full english kurang menekankan bahasa melayu jadi anak mahir dan fasih berbahasa english tp mungkin kurang dalam bahasa melayu atau lewat membaca bahasa melayu. Penting untuk mummies bertanya tentang silibus dan penekanannya. Semuanya bergantung kepada anak nanti darjah satu nak sekolah di mana? Kalau anak anak yang akan ke sekolah kebangsaan, sangat penting untuk pandai baca bahasa melayu dan boleh mengira. Kalau anak ke international school lebih baik dimulakan dengan english lebih awal. Kalau anak nak ke sekolah cina, carilah sekolah yang ada mandarin.

2) Melentur buluh biar dari rebungnya : Mengenal Allah

Sebagai ibu bekerja saya akui, tidak banyak masa saya boleh duduk dan mengajar anak anak tentang semuanya.. saya duduk bersama anak membaca iqra tetapi anak anak sebenarnya belajar menghafaz Al fatihah dan belajar solat lebih banyak di sekolah. Di rumah ibu bapa lebih banyak monitoring dan mengajak anak solat dan praktis kepada apa yang diajar di sekolah. Centre English Islamic kesemuanya menekankan pembelajaran agama jadi anak anak selalu diajar solat dan mengaji. Anak anak diajar mengenal Allah seawal usia ini. Pada saya ini sangat penting.. Jika sekolah tidak menekankan ini, anak anak harus diberi perhatian di rumah oleh parents untuk pembelajaran agama yang lebih menyeluruh.

3) Fees

Mana mana centre pon saya percaya teacher dengan ikhlas ingin membantu anak anak untuk jadi pandai dalam apa yang dipelajari. Pilihlah yang tidak membebankan. Kebanyakan centre di bandar bandar ini monthly fees untuk full day bermula dari RM400 dan ke atas. Tahunannya dibayar asing kebanyakannya atas RM1000. Ade yang hampir mencecah RM2000. Kalau yang full english harga selalu lebih mahal, common untuk bayar lebih daripada RM600 sebulan dan yearly fees yang lebih tinggi. Ade option yang lebih murah dan parents kenalah mencari. Jika tidak mahu terikat dengan fees yang mahal, pra sekolah juga ade teacher yang bagus. Fees yang mahal tu selalunya datang dengan pelbagai benefit.. method pengajaran, trained teachers, material yang baik, extra activities contoh: ade yang offer taekwando, swimming, memanah etc. Logiknya, nak cari teacher yang well trained in english selalunya educated teachers gajinya mestilah lebih mahal kan. Operation cost sekolah memainkan peranan dalam menentukan fees..


Izzul in new uniform.. We decide to change to a school nearby
because his old school move to a new place


4) Location

Kadang mummies excited sangat nak certain brand. Sangup hantar jauh jauh. Kalau mummies yang kerja pilihlah yang mudah untuk diuruskan proses menghantar dan mengambil supaya jadual harian lebih tenang dan mummies pon tak naik angin betukar hijau sebab anak lambat siap pagi, nak masuk opis  awal. Atau jadi naga bila balik petang sebab penat drive jauh jauh melayan karenah anak dalam kereta. Pilihla lokasi terbaik yang mudah.

5) Meals

Penting untuk tanya jadual makan anak dan apa yang teacher beri pada anak. Kalau pagi anak makan lambat, mummies kena sediakan breakfast. And if petang anak cuma makan biskut, mummies kena la ready makanan masa ambil balik dari school. Tanya menu untuk tahu makanan anak berkhasiat atau tak, atau if anak ada allergy tertentu.

6) Your friends are the best person to tell

Masih tak pasti tentang centre mana nak pilih.. tanya la kawan kawan. Experience is the best teacher. Diorang boleh bagitau.. teacher ok atau tak.. centre ok atau tak.. anak boleh baca ke tak.. anak happy ke tak. And I believe they come from same circle as you so they can give opinion on the same expectation that you have. Parents yang mampu pay RM800 and yang mampu RM400 might have different expectation from a centre

7) But remember that...

Kids are kids.. best way to learn adalah dari bermain. There’s no use forcing atau terlalu menekan pada usia begini. Biarlah dia explore dirinya.. mungkin dia lebih cenderung pada arts tapi lambat membaca. Sentiasa beri ruang untuk mengenal potensi anak anak.. tiada orang dilahirkan sama. Masing masing ada kelebihan.

Good luck mummies...

No comments: