Oct 19, 2018

Beg Sekolah Anak Darjah Satu



Hello.. ni si comel saya yang dah masuk darjah 1 tahun ni :) Sekejap masa berlalu. Ini edisi balik sekolah pada satu hari di bulan oktober :D

Teringat tahun lalu di masa masa begini.. hujung tahun, macam macam persoalan di minda saya berkenaan keperluan anak darjah 1. Saya ada juga bertanya kawan tapi banyak kawan saya anak mereka yang bersekolah lelaki :D Beg antara perkara yang paling saya bimbang kerana si comel saya bersaiz kecil.. Saya memikirkan adakah dia mampu mengangkat begnya.

Kebetulan orientasi sekolah dibuat pada awal cuti sekolah jadi perkara pertama yang saya lakukan ialah bertanya pada guru kedudukan kelas anak darjah satu. Sekolah anak saya darjah satu kena menaiki tangga naik satu tingkat. Walaupun dia memang teringin sangat nak beg beroda.. beg beroda la yang first saya slash dari list saya kerana roda tu membuatkan beg lebih berat. Anak mungkin kena memikul beg untuk naik tangga untuk cepat bergerak lepas perhimpunan. 

Ada satu hari ketika saya menunggu anak saya pulang selepas guru berikan buku teks.. ada pelajar yang hampir terjatuh tangga kerana bila begnya sukar untuk ditarik turun tangga memandangkan beg sangat berat. Ada anak yang menyeret begnya yang tidak beroda di atas jalan tar dan saya bantu untuk pikul kerana begnya besar, bila diisi penuh terlalu melendut.. Jadi saya sarankan mama papa untuk hadir sama mengusung beg pada hari buku teks diberikan atau at least bekalkan shopping beg untuk anak asingkan beban buku.




Saya mengikut saranan kawan saya yang lebih berpengalaman untuk tidak membeli beg yang bila dipakai dengan beban buku jatuh terlalu rendah pada punggung. Jadi saya memilih beg yang sebelum diisi buku berada lebih kurang aras pinggang dan apabila diisi masih OK untuk dibawa oleh si kecil. Memandangkan anak saya kecil, sukar untuk mencari beg yang kita fikir muat untuk isi buku banyak. Rata - rata satu hari ada lebih kurang 5 subjek. Jadi 5 buku teks perlu dibawa. Anak saya bernasib baik kerana selalunya, buku latihan disimpan di kelas, buku tulis coklat kadang kadang di kelas dan kadang kadang dibawa pulang. Jika sekolah ada locker peribadi lebih mudah :) Jadi, saya beli beg yang saiz kecil tetapi boleh kembang lebar untuk lebih muat. Pernah saya cuba gunakan beg popular character disney medium size kerana begnya basah.. buku masih muat tetapi sedikit padat.

Jangan lupa cari yang padded pada tali yang pikul di bahu.. saya juga pilih yang padded di bahagian belakang badan untuk lebih selesa. 

Si comel saya minat sangat warna pink.. tapi keburukannya... comot dan comotnya sukar untuk dicuci. Maklumla.. selalu beg diletakkan di lantai. Kalau anak boleh terima yang bewarna gelap lebih baik :)

Selamat shopping for school mummies...

No comments: