Sep 3, 2020

Trend Wedding Tahun 2019 / 2020

Aha.. lambat nak update pasal ni. Adik saya sempat kahwin before pkp bulan satu lepas.. :)

Dah almost 10 years dah saya berkahwin. Tentu trend skrang dah tak sama kan. Blog saya pon dah lama tak cerita pasal wedding. Last zaman survey survey dulu la. So, kali ni nak cerita sikit and lebih pada some notes tentang wedding tahun 2019. 

Out of a sudden, awal tahun haritu adik lelaki kesayangan yang pertama nak kahwin. Jadi sama sama lah menolong survey. Belah lelaki ni selalunya lebih simple. Through out simple survey yang dah dibuat , a few things yang kita dapat notice are:

Trend Wedding All in Package

Sama ada nak buat kenduri di mana pun, vendor sekarang dah pandai team mate bersama sama jadi kebanyakan pakej perkahwinan datang sekali. Baru lagi sepupu hubby kahwin, dia ambil pakej kahwin di rumah all in sekali catering, khemah, pelamin, baju pengantin dan fotografi. Waktu saya kahwin dahulu, pakej catering dan khemah boleh datang sekali dan butik andaman selalu sediakan pelamin, baju dan sesetengah offer juga fotografi. 

Nampak sekarang trend caterer sudah semakin berkembang. Since catering adalah cost terbesar, caterer dah ramai ambil job sebagai main event planner. Mereka mengetengahkan venue mereka sendiri dan service catering mereka sebagai tarikan utama. Venue selalunya telah sediakan pelamin dan deko yang cantik cantik. Mereka selalu turut offer servis pakaian dan andaman daripada team mate mereka. Kos servis ni boleh range dari RM21 sekepala ke atas untuk 1000pax .. depends on venue yang dipilih. Ada tiga venue yang saya dah tengok, range harga antara RM21 ke RM30 sekepala untuk 1000pax. Ada yang include baju dan andaman, ada yang tidak include.

we've been to RUANG dan their place are awesome.. food tasting pon bagus 

Some other yang menarik perhatian kami include Mazmida catering dan Bizmilla catering. I've been to several Mazmida catering event.. to me their food memuaskan hati.  I've been to events at star avenue. Quite a good venue to do wedding reception. My mom all time favorite is actually Ekhwan when it comes to food. But for this time, we settle with Mahabbah Catering for a package. My mom tanak pening pening to handle a few vendor. In it is all their decision :D Overall, puas hati with the overall service and affordable price.




Hantaran Rahsia

Dalam tengah survey survey ni, jumpa pulak trend terbaru hantaran. Dikatakan mengetengahkan elemen tradisi dulu2, hantaran dibungkus dengan kain batik. So, zaman moden ni, hantaran dibungkus dengan kain yang selalunya satin, cantik pulak dihias dengan bunga di atas. Nama die pon sedap.. "Hidden hantaran" Plan to share about this later.

My first time buat hantaran in my life :D



Ready Made Wedding Dress

Sebab adik saya ni lelaki, saya bagitau dia, kalau nak wedding yang simple, baju pengantin perempuan boleh je kalau beli ready made. Sekarang, butik butik banyak sediakan baju cantik cantik sesuai untuk tunang, nikah atau pun reception.. ready made bawah RM500. Saya paling suka ainahariz. 

Digital Invitation

Di era digital ni, kebanyakan invitation hantar di whatsapp sahaja. Map pon rely on google map. Jadi, why not apply digital invitation dengan design yg menarik. Ada satu yang sy tengok by aliveinvite, invitation digital interaktif.. dari tarikh boleh block date ke kalender, contact person list pada kad boleh terus klik untuk call. Map location pon link ke google map dan waze. Betul betul menarik dan sesuai untuk zaman sekarang. Bayangkan kad kahwin kita tu macam skrin tab.. bleh klik klik aje. Hanya send link kad tu dekat whatsapp.

Photobooth

Hampir semua wedding yang saya hadir, ada photobooth. Ala ala polaroid.. kita dapat gambar printed free. Ramai yang excited sebab lately, banyak gambar dalam phone je tak print. Lepas tu... siap dengan guest book :) Tak payah nak cari cari guest book lagi and dapat tahu la siapa yang datang daripada gambar - gambar ni.

Gerai Makanan

One of latest trend, kenduri kahwin include with additional gerai makanan sebagai tambahan kepada menu dari caterer. Antara yang famous, laksa, cendol, apam balik, goreng pisang dan keropok lekor atau pun roti john.

Highlight Professional Vendor

Walaupun banyak pakej all in sekarang. Sesetengah vendor lebih diberi perhatian oleh peminat peminat mereka yang sukakan hasil kerja tangan specialist. Al maklumlah kerja kahwin ni melibatkan seni. Antara profesional Vendor yang tak include dalam pakej tapi sentiasa menjadi pilihan pengantin seperti specialist make up artist,  photographer and videographer, inai airtist, hand bouquet dan decorater seperti chalk board art. Vendor vendor ini selalunya dipilih atas hasil seni mereka dan pengantin selalunya memilih mereka berasingan kerana mahukan hasil yang terbaik.

Nanti ada masa kita update sikit pasal actual wedding ye :D


No comments: