Sep 20, 2010

A story of Islamic Wedding ~ ringkas menurut syariat..

Alhamdulillah.. semalam saya berpeluang pergi ke satu majlis perkahwinan..
Ayah pengantin tu somebody I know sebab he's from a related department to my office.. Setahu saya, anak - anaknya pelajar tahfiz.. Mereka belajar sampai ke luar negara. Wife dia pun bertudung labuh berfurdah.. anak dia yang kahwin tu nampak sangat muda, It seems like his age is around 18 or 19 camtu .. sudah bergelar ustaz.. Alhamdulillah. Bagus rasenya terbuka hati, bertemu jodoh dalam usia muda.. hidup sentiasa terpelihara..

Ok, what so unique about this wedding..

Tenang sangat.. Muhasabah diri sebentar saya.. Ringkas tapi memenuhi kehendak syariat untuk adakan kenduri kahwin.. Tetamu yang datang pun kebanyakannya orang alim.. Insya Allah ada barakahnya.. Sampai - sampai disambut sendiri oleh tuan rumah dan pengantin perempuan.. Cantik sangat berjubah labuh lace.. bertudung tiga segi labuh dengan veil dan tiara.. dan dia menutup muka dengan furdah ala arab.. berseri - seri sangat nampaknya.. walaupun saya cuma nampak mata. Cantik sangat..

Bersalam dengan pengantin sendiri, dia yang menjemput tetamu masuk.. tiada pelamin.. hanya satu jamuan di bawah khemah berscallop biase.. hidangan sama seperti majlis lain.. penanggah yang mengemas comel sangat.. anak - anak daripada sekolah tahfiz shah alam..
Konsep asalnya, meja diasingkan mengikut lelaki dan perempuan.. teringat saya dengan majlis perkahwinan dulu di kampung.. tempat tetamu lelaki dan perempuan di asingkan.. tapi sesetengah keluarga pilih untuk makan bersama.. Majlisnya pun tidak lah senyap sunyi.. tetapi tidak bingit.. mereka pilih entertainment ala Islam.. feel same macam dengar radio IKIM.. lagu yang diputarkan banyak berupa nasyid.. diselang seli dengan pesanan - pesanan indah mesej yg islamic.. siapa yang minat boleh refer blog ni..


Tak tahu pulak saya ada jugak entertainment begini.. 1st time experience saya.. Bila dah selesai makan, salam semula tuan rumah.. Saya suka door gift yang diberi oleh mereka kepada tetamu lelaki.. sebuah CD dengan bacaan ayat - ayat Al -Quran oleh ustaz, pengantin lelaki tu sendiri.. simple saje tapi alhamdulillah, boleh jugak dibawa dengar di dalam kereta kan.. :) 

Subhanallah.. rasa indah sangat kalau semuanya bersyariat begitu.. banyak barakahnya.. I admit that masih tak sampai saya ke tahap itu.. hopefully, mereka bahagia sampai bila - bila.... Mudah - mudahan saya dan bakal hubby juga boleh jadi lebih baik lepas kahwin nanti.. Amin.

5 comments:

Khumaera Ismail said...

insaf nye bace psl wed nie..huhu~

Nora a.k.a Aira said...

mendamaikan =)

mysarah said...

bila baca ni rasa mcm terkena batang idong sendiri plak. mulanya pelamin takde, tetiba ada. baju plak tetiba nak vogue jugak. haishh macam2 la kan kita ni! T_T

Hana said...

khumaera : mase pegi tu memang insaf je rase..

nora : simple sgt tapi rase tenang je mase kat situ..

mysarah : diorang orang tahfiz ni memang lain sikit la rasenye..kalo mcm sy yg biase saje ini.. mesti pk kawen skali je.. huhu.. memang level iman tak same..

hana yoriee said...

sesekali kena bc cerita mcm ni utk mengingatkan kite..huhu..