Sep 15, 2010

Hari Raye 2010

Wah.. sudah entry ke 101 untuk blog ni.. :)
Selama ni memang suke menulis, suke jugak blogging tapi tak pernah betul2 spend banyak mase untuk blogging. Cume sejak prepare untuk kahwin rase seronok sgt nak kembali mencoret serba sedikit perjalanan pereparation saye.. sekurang - kurangnya ade jugak sedikit kenangan untuk tatapan sendiri nanti :) at the same time dapat share idea among bloggers.. nice sgt!

Ok, back to the topic here regarding Hari Raya punye celebration.. rasenya smue orang happy kan raye ni?
So, korang raye kat mane? Saya cam biase mesti pulang ke Perak, kampung mama dan abah. Opah sebelah mama masih ada.. dia tinggal seorang je. Sebelah abah, opah dan atuk dah tak ada.. yang ada cuma adik beradik abah je tinggal di kampung. Tapi kami still akan pulang ke sane melawat semua.. Now just saje - saje nak cerita pasal hari raya saya..

-------------------------------------------

Mula balik hari Rabu malam.. sampai pon dh dekat 2 pagi. Mula - mula nak ikut mama balik Khamis pagi, tapi nak alter baju kahwin ckit lagi tapi kedai tu cuma bukak hari khamis tu half day je, so tanye2 along dia memang balik Rabu malam. So, pas balik kerja cepat - cepat kemas barang then ikut along balik kampung. Memang sampai terus tidur..

Hari Khamis macam hari masak sebelum ini jugak, bangun awal pagi.. semua dah amek task masing - masing. Tahun ni acu pon beraya di rumah opah, tahun lepas dia dah beraya di rumah hubby dia kat Johor. (terfikir jugak nanti mesti kena gilir - gilir raye pertama, kan.. huhu) Sebelum start pape, 1st skali, saya hantar baju kahwin ke rumah Ain, sedara saya tu sebab dia nak bawak pergi kedai untuk alter.. rumah die belakang rumah opah je.. pastu memang cepat - cepat masuk dapur, start potong daging ngan along. Acu sibuk prepare yang lain - lain untuk rendang, Pak uda prepare untuk masak lemang, Pak Su plak tolong Opah sediakan lemang.. sronok sangat masak ramai - ramai ni.. tengok opah semangat je.. mula - mula risau kalau dia tak larat masak tapi dia usaha jugak, lagipun dia fikir dia banyak bagi arahan saje.. hehe. Dalam pukul 11 lebih, semua preparation dah selesai, tinggal nak masak saje.. kebetulan mama pon dah nak sampai jadi dia akan masak rendang dengan Acu sementara Pak Uda, Pak Su ngan hubby Along tunggu lemang. Kitorang tak risau pon sebab lemang rebus la... bukan lemang bakar.. :D Arwah atuk yang tempah khas tong besar tuh.. khas untuk rebus lemang.. lepas dah rebus baru bakar sekejap dekat api untuk keringkan ckit..

Pas dah siap preparation, Ain pon call.. so terus pergi kedai untuk test baju lagi skali.. part yang sy risau dia dah betulkan... rasenya ok dah kot baju kahwin saya tuh.. harap - harap semua ok.. Baju Iwan pon dah siap.. nanti boleh bagi dia try plak...

-----------------------------------------------------

Hari Raya Pertama..

Macam biase smue orang pergi semayang raye.. Pas smayang raye balik rumah salam - salam antara adik beradik ngan sedara semua.. :) lepas tuh terus start beraya ke rumah lain.. hari hujan rintik - rintik jadi tak berapa banyak rumah pon sempat pergi.. tapi try jugak beraya sebaik mungkin sebab nak edarkan kad kahwin.. :D kad dah siap dah... menu pagi kebanyakannya lemang ngan rendang.. ok gak sebab memang mood lemang ngan rendang so sronok nak rase rendang orang lain..

Raye jatuh hari jumaat so tengah hari yang lelaki pon kena la smayang jumaat.. dh petang sikit baru sambung raye plak lagi skali... Beraya rumah Cik Li dia hidang nasi.. beraya rumah Mak Cik Esah dia hidang mee kari.. waa.. besh2.. memang makan banyak dengan penuh kerisauan kalau badan kembang nanti.. tak comelnya :p

Malam hanya untuk family - family saje.. berkumpul sembang - sembang sambil tengok tv cerita melayu.. cerita susuk kot yang aku tengok tuh.. cerita ape ntah lagi.. sempat jugak la ajak sepupu - sepupu same - same buat bunga manggar ku.. skarang dalam progress yang sangat baik :p sempat ni.. caiyok2..


 Zafran, anak buah saya 


Me and my cousins


 My lil brothers


Along and Abah




--------------------------------------------

Hari Raya kedua...

Yang paling tricky mase raya kedua ialah que bilik air.. bilik air umah opah aku memang ade 3 tapi satu je yang favorite kitorang so semua orang beratur nak mandi situ.. haha.. ade la mak - mak ke bapa - bapa je nak mandi kat bilik air lagi satu.. beralah ckit.. kitorang yang cucu - cucu 17 orang ni beratur gak nak masuk bilik air depan.. haha. Tak masuk beratur gosok baju lagi... hehe

Tapi event raye kedua ni simple yet important.. :)
Sepupu mama tunangkan anak perempuan dia, Kak Maisarah.. so kitorang smue memang menuju ke situ saje... saye ngan my cousin memang dah berangan lauk ayam masak merah sebab dah sehari semalam makan rendang.. sampai- sampai memang ayam masah merah.. haha. Macam lame tak jumpe lauk biase plak.. memang makan bersungguh - sungguh. :p sedap plak tuh.. kenduri masak sendiri camni..

Kebetulan memang sedara - sedara mak aku ramai yang turun.. termasuk la yang kat Taiping.. jadi mama pon amek kesempatan ni bagi kad kahwin pada semua.. Selesai majlis, memang hari pon dah nak petang.. Kak Ani jiran opah jemput kitorang makan mihun sup kat rumah die... wah.. bagusnya.. mihun sup yang ditunggu - tunggu.. Hubby dia memang bela lembu.. raye ni diorang ade sembelih lembu untuk jual kat orang kampung.. tulang - tulang dia simpan untuk buat sup.. heaven, sedap sangat feel makan sup tulang daging fresh ni..


 My cousins time majlis tunang Kak Maisarah




Me and kak Maisarah


Kak Maisarah with en tunang n ayahnye..


Opah n mak cik - mak cik saya.. n yani, my cousin


Nice kan.. these days dah tak payah dulang - dulang..
dh cantik dh ade kaki



another side hantaran warna pink :)



--------------------------------------------

Hari raya ketiga..

Pagi - pagi lagi dah siap - siap nak balik Kuala Kangsar, nak melawat adik beradik abah di kampung. Tak jauh pon Kampar dengan Kuala Kangsar... sampai - sampai first skali terus pergi rumah mak long.. anak mak long 10 orang.. rumah ni sentiasa meriah, sentiasa ade orang datang.. sronok la jumpa, bersembang - sembang dengan sepupu yang lama tak jumpa.. Diorang hidang nasi jagung yang mak kak fiza buat.. Kak fiza ni menantu mak cik saya, mak dia memang ade catering tak silap.. sedap plak tu nasi jagung ni... :) siap ngan rendang tok ngan daging arab.. hehe.

Pastu singgah rumah Aichik plak.. sebelah rumah mak long je.. dlu ni rumah opah saya, tapi diorang dah renovate dah.. sepupu - sepupu saya sibuk masak mee rebus.. siap ngan puding ngan kek.. huhu.. dah kenyang pon makan jugak... :p lepak - lepak jap.. cousin saya cerita pasal maybe dia nak kahwin taun depan.. teringin nak buat kat bali.. just for family and best friends.. wa... menarik je idea tu..

Kol 5 macam tu ajak abah pergi Sayung amek bekas doorgift nanti.. amek yani dlu, sepupu saya kat rumah untuk tunjuk jalan... isi - isi bonet... alamak.. penuhnya.. tak muat.. kena balik rumah pak long balik, hantar barang pastu pergi skali lagik..tu pon lagi 500 tak siap.. akan dihantar kemudiaan via bas.. :D

Mula - mula pening fikir macam mane nak bawak balik shah alam.. memang tak muat.. seb baik Acu singgah kat rumah pak long.. boleh la isi bonet dia tu.. at least if bawak balik rumah opah kt kampar lain kali balik pon boleh amek.. memang pk tu je as option.. then teringat anak mak long sy yang 10 orang tu, 2 orang duduk shah alam.. tinggalkn 4 kotak kat diorang so diorang akan bawakkan.. lastnye.. sy bawak balik 1 je.. Acu bawak balik PD kotak yg lain tu.. nanti dia hantar mase datang beraya.. waa.. terima kasih kat semua orang yang sudi tolong saya.. terharu.. nasib baik jugak amek mase raye.. ramai yang boleh tolong.

Malam raye ketiga tidur kat rumah Cu Mah saya.. dia baru beli rumah teres kat kampung abah saya.. ok jugak, selesa je melepak kat rumah dia.. siap Aichik sy datang ngan wife dia bawak masakan kampung.. sedap gile makan... ade cendawan kecik - kecik tu.. siap gulai tempoyak ngan ikan bakar.. tak masuk ngan mee goreng Cu Mah saya.. sedap sungguh..

Memang sy fikir badan akan naik kalau tak buat sumthing pasni.. huhu..

------------------------------------------

Hari Raye Keempat...

Pagi - pagi siap - siap balik ke kampung mama semula lepas makan mihun goreng Cu Mah :) sampai - sampai tengok Acu tengah sibuk - sibuk nak masak.. asam pedas, sayur pe ntah name die.. sambal ikan bilis.. ngan ikan masin.. huhu.. sedapnye.. makan.

Makan lagi.. tapi makan ramai - ramai memang seronok... yang saya paling suka bila raya ialah makan ramai - ramai dengan sepupu - sepupu ngan mak sedara pak sedara... :) meriah saje..

Malam tu semua dah balik.. so family kitorang just rilex2 sembang ngan opah..

----------------------------------

Hari Raya Kelima..

Balik... hari ni kan keje dah...  tapi on da way singgah jugak kat Trolak beraya, pastu jemput mak cik abah datang majlis kawen sy.. :)

Sebab dah brape hari makan macam - macam.. malam td memang shah alam sunyi.. kedai makan pon tak bukak sebab orang kelantan kan cuti raye lame.. so, ktorang pon enjoy Pizza.. :)










---------------------------------------

Begitula al kesah hari raya yang penuh ngan makanan.... hehe...
dah2.. hari ni start ganti puase.. nak kena diet dah pas ni dan tambah cantik kan diri (:p) dan settle kan ape yang masih tak settle.. :)

Like One Month to go..

2 comments:

Nora a.k.a Aira said...

one month to go....cargas dear hehehe ! selamat hari raya. maaf zahir batin

Hana said...

Selamat Hari Raya Nora.. tengah cuak! perkara - perkara last minit banyak nak settle. tenkiu!