Dec 7, 2011

Bila Khayra kena jaundice..

On the 3rd day, nurse Klinik Desa pon datang melawat.. memang ada inform diorang Khayra n mamanye dah discharge so diorang datang cek baby and mama.. Mama ok... cuma nurse bagitau Khayra nampak kuning macam jaundice.. Saya jadi risau.. Jaundice kalau teruk boleh effect macam - macam kan.. sampai tukar darah semua... Nurse tu mintak kitorang pegi cek kat klinik or hospital. Frust sangat saya rasa time tu.. harap - harap sangat Khayra tak apa - apa..

Pergi PPUM tapi diorang sruh pergi klinik pesakit luar... Time pergi tu mama ngan abah pon ikut skali. Kesian gak kat hubby.. dia macam pening je pikir macam - macam. Sebab tanak tunggu lama kitorang lastnye pergi Salam Med Centre. Diorang bgtau result akan dapat malam pukul 9. Ktorang pon balik dulu berehat. Pukul 9 diorang call bagitau baby kena warded. Sedih sangat masa tu...

Mula - mula hubby ingat nak mintak buat reference letter nak pergi PPUM balik. Tapi lastnya decide untuk ikut nasihat mama ngan abah, masuk Salam Med je.. Kalau masuk PPUM saya kena duduk sana sendiri dengan baby, hubby mesti tak boleh tunggu... Khayra pon tak pandai minum susu lagi. Dia asyik tidur. Saya jadi stress fikir macam mana saya nak uruskan sendiri. Nak paksa Khayra bangun menyusu sebab kalau Jaundice, breastfeed adalah the best cure... Khayra mesti berak ngan kencing untuk buang jaundice. Mama and abah pon susah sikit nak ulang alik tengok. 

At last, malam tu ktorang masuk ward. Khayra kena duduk bawah lampu biru, mata dia kena tutup.. kesian dia.. Saya ngan hubby tunggu je Khayra.. Setiap 2 ke 3 jam kitorang kejut Khayra bangun untuk menyusu. Kalau Khayra tanak bangun, saya dah siap - siap perah susu. So boleh la bagi Khayra susu dengan shringe. Alhamdulillah.. semalaman je kitorang kat situ.. petang esoknya doktor bagitau jaundice dia dah turun and kitorang boleh balik...

Syukur sangat saya rasa.. tapi saya still perah susu and susukan Khayra nak make sure dia betul - betul sihat. Khayra pon dah semakin pandai menyusu lepas tu..Lebih senang nak bangunkan dia. Banyak kali buang air kecil dan besar. Nurse yang datang pon cakap Khayra dah ok.. :) Susu saya pon makin banyak dan Khayra makin suka menyusu dengan saya.. Syukur sangat saya rase sebab Khayra semakin sihat :)



Khayra masa kena jaundice :(

1 comment:

rafaliah said...

As Salam Hana,
Jemput baca blog saya tentang kesihatan dan kecantikan serta supplemen untuk penyusuan. Ade cerita tentang kawan saya sendiri yg mengambil supplemen ini untuk cegah jaundice anak ketiganya. AlhamduLILLAH..
http://rafaliah.blogspot.com/2011/08/shaklee-bukan-sekadar-penyusuanjom-baca.html