Atuk dah pergi 26 Mei lepas...
Sedih sangat..
Ini kali pertama saya lihat kematian dengan lebih dekat.. Sepanjang hidup, ini kali ke -3 saya menghadapi kematian ahli keluarga.. Opah sebelah abah pergi waktu saya kat matrix.. waktu saya sampai dia dah selamat dikebumikan. Saya hanya mencucuk sebatang pokok puding di atas pusaranya.. dan menangis.. Masa itu, Pak Lang yang amek saya di taiping dan hantar saya ke kuala kangsar.. tapi tahun lepas pada 5 hb Jun.. Pak Lang pon pergi.. dengan mengejut sebab serangan jantung.. semua orang terkejut.. Dia sangat baik.. dan semuanya jadi ceria bila dia ada. Seminggu sebelum dia pergi, saya sempat jumpa pak lang di kenduri kahwin.. semua orang kata dia tak banyak bercakap.. tapi dia duduk di sebelah saya sambil bertanya tentang pengalaman di Itali.. Atuk orang yang paling sedih bila Pak Lang pergi.. hingga sminggu sebelum dia pergi.. dia masih sedih memikirkannya..
Hari Ahad sebelum tu.. baru sahaja pulang daripada melawat atuk.. dia nampak lebih sihat.. 2 hari sempat ke pejabat.. Hari Selasa Acu telefon mama.. atuk semakin tenat.. Aku jadi bingung mula2.. dia nampak sihat hari Ahad dan aku berharap dia terus sihat.. Sampai - sampai.. atuk sudah terlantar, matanya tertutup rapat.. dia bernafas dengan menggunakan oksigen.. Aku rasa sedih.. risau jika dia pergi.. tapi semua seolah - olah bersedia dengan sebarang kemungkinan.. melihat keadaan atuk.. aku terus mencapai Yaasin dan membacanya.. Abah dan Mama pon sama.. adik pon turut sama.. Mak Lang, Acu, Pak Long dan Mak Long, Uda dan Mak Uda pon ada.. Malam sebelum tu, Wan yang jaga atuk.. Wan anak Alang.. Mungkin sebab atuk terlalu inginkan Pak Lang menjaganya.. Malam terakhir dia masih sedar.. Wan yang menunggu atuk di hospital..
Kami bergilir - gilir membaca Yaasin.. aku tak dapat tidur lena.. walaupun mengantuk dan tersengguk.. beberapa kali juga aku mengulang bacaan Yaasin.. sentiasa kedengaran bunyi mesin degupan nadi atuk.. malam itu.. kandungan oksigen atuk masih paras normal.. Menjelang subuh.. mak long, pak long, mak lang, Uda dan mak uda pulang.. mungkin keadaan masih stabil.. Bila waktu subuh.. kami yang tinggal pergi bersolat bergilir - gilir.. selesai solat.. kami baca Yaasin lagi.. Tapi.. nampak kandungan oksigen atuk semakin turun.. kaki atuk sejuk.. bila sampai satu paras.. mesin tu berbunyi amaran.. tapi kandungan oksigen tetap tak naik jadi.. nurse tutupkan mesin measure tu... aku tahu.. kandungan oksigen tuh mungkin akan terus menurun.. tapi.. aku harap tak secepat itu.. bila pagi.. keadaan jadi sibuk.. tak elok berkumpul di wad ramai - ramai.. Abah ajak aku dan adik serta Nabila bersarapan.. kami turun sebentar.. Mama dan Opah tinggal menunggu atuk..
Abah belikan karipap dan air mineral untuk mama.. aku naik ke wad untuk menghantar semuanya.. bila aku sampai.. muka atuk ditutup tuala.. Aku tanya mama.. kenapa tutup muka atuk.. atuk ada lagi tak.. Mama jawab perlahan.. atuk dah takde.. aku terus pergi ke sisi atuk dan buka tuala.. mata atuk tertutup rapat.. dia tak bernafas.. aku telefon abah, mak long dan along.. khabarkan berita.. aku duduk di sisi atuk cuba membaca Yaasin.. tapi air mata aku turun laju.. jadi betul kate opah.. Atuk kata.. dia tak pasti kalau dia sempat tengok aku kahwin.. Aku jadi sangat sedih.. Masa Medical Assistant datang nak uruskan atuk.. sebelum orang forensik datang.. aku pon bangun duduk di tepi.. Mama kata tak pe.. dia dan opah sempat bisikkan Allah banyak kali di telinga atuk.. Atuk pergi dengan perlahan jam 8.45 pagi..
Allah mudahkan atuk.. dia dibawa ke bilik forensik.. petugas hospital tanya jika nak uruskan mayat di hospital.. kami semua setuju.. tapi kami dapat jugak bantu mandikan, kafan kan atuk.. aku lihat semuanya.. petugas tu cekap sangat.. cepat dia buat semuanya.. wajah atuk nampak bersih bila dimandikan.. Selesai kafan.. dia ajak keluarga kami solat jenazah.. tapi aku tak turut serta sebab tak bawa telekung..
Jenazah dibawa ke masjid terus.. kat situ.. aku dapat solat jenazah sekali.. lepas tuh.. terus atuk dikebumikan.. semuanya cepat dan mudah untuk atuk.. sebelum Zuhur semua selesai.. Rezeki atuk.. dia seorang yang baik.. solat dan mengaji selalu.. sentiasa mendengar kuliah agama.. Dulu, setiap kali periksa aku mesti telefon atuk.. Mintak dia doakan kejayaan ku.. dan dia tak pernah lupa.. dia sanggup bangun malam sembahyang hajat dan doa untuk ku.. selalu bila aku kata aku dapat result yang ok.. dia gembira.. Dia sangat sayang aku.. dulu aku selalu naik basikal di belakang atuk ke mana - mana.. ke pasar malam.. ke Jeram.. ke kedai.. dia selalu belikan aku bunga api bila raya.. dia simpankan bunga api untuk aku.. Waktu aku suka feminin dulu.. atuk belikan aku kaset.. aku seronok sangat dan atuk bagi aku bawak balik rumah... Bagi aku.. dia sangat sayang aku...Walaupun aku berharap dia dapat tengok aku kahwin.. aku pon baru setahun kerja.. baru 2 - 3 kali bagi duit pada atuk... baru sekali belikan baju raya atuk... semua tu terlalu sikit..
Aku harap atuk ok... dan aku akan sentiasa doakannya..
No comments:
Post a Comment