Dec 7, 2020

Hidden Hantaran aka Hantaran Rahsia

Awal tahun 2020 hantaran rahsia mula menjadi trend terkini. Pada asalnya, ia dikatakan mengikut kembali hantaran zaman silam yang dibungkus dengan kain batik. (ni saya tak pasti.. saya baca dari orang lain juga, tak ingat di mana :D). Yang bestnya term sekarang, hantaran ini dikatakan bagus kerana kalis makcik bawang sebab makcik bawang tak dapat tengok la apa yang dibaginya.. harganya mahal ke murah. Brand apa. Ini positive side kalau kita buat hantaran begini. Tapi tu la, untuk fotografi, perkara seperti susunan barang dan jenama menjadi addition jugak.. hantaran nampak pelbagai gaya, ada jenama, banyak shoot menarik boleh diambil. Ada gambar kenangan.. gambar professional untuk barang barang hantaran ni. Ye lah, barang barang ni bukan kalis waktu kan :D

Untuk adik saya haritu.. macam yang saya dah tunjuk sebelum ni, memang saya buatkan hantaran begini. Adik saya dan wifey dia yang nak.. jadi saya ikutkan saja. Mana mana pon ok. Cakap pasal hantaran ni.. kalau tak nak fikir banyak banyak boleh je upah orang buat. Bergantung pada bajet yang ada. Macam saya, kitorang nak explore style baru ni dan saya nak explore penggunaan bunga segar sebab alang alang nak buat sirih junjung pakai fresh flower so saya lump sum kan saja bunganya. Kalau ada masa boleh calculate betul betul, survey harga barang nak buat dan upah membuat jadi boleh decide nak buat sendiri atau upah orang saja.



Antara vendor yang buat Hidden Hantaran yang saya refer juga untuk tengok idea.. macam gambar gambar next ni.. Ada jugak ig diorang kat gambar ni nanti boleh refer pada IG ni ye.. Gambar gambar semua milik owner IG tersebut ye. The hantaran by nj , Moments by Biela , Haejabudiman.co , Deanna creations







Cantik cantik diorang buat. Saya first time buat so gitu gitu je la  :D Tapi kalau nak cuba, saya bagi tips sikit berdasarkan kesilapan yang saya buat. 

1) Pemilihan Kain - Kain kalau mahal memang nampak macam ekslusif sebab satin mahal dan murah effect dia tak sama. Tapi, lebih baik kalau dapat kain yang murah dan masih nampak eksklusif. Bergantung pada ikatan yang kita nak, kain yang ringan dan tak tebal, lebih senang nak dipelbagaikan gaya ikatan. Kain tebal lebih sukar dibentuk bila licin macam satin tebal. Mungkin perlukan banyak peniti untuk kemaskan untuk yang beginner macam saya. Saya suka tengok orang menggunakan kain seperti songket. Ia tebal tetapi tidak licin. So, masa beli kain.. pegang kain rasa kalau dibunjutkan mudah atau sukar dibentuk. Atau, jika ingin dilipat kemas seperti songket, bagaimana. Kain kali ni mak saya yang beli. Saya pasrah saja dapat satin tebal :p

2)Potong Kain - Part ni susah juga untuk yang tak berpengalaman, saya cuba gunakan macam tudung bawal dulu untuk cuba sebelum mengagak saiz kain, tapi tu la, bergantung pada jenis kain, kadang kadang saiz yang dicuba tidak tepat. Bawal lembut dan mudah dibentuk berbanding satin tebal. Mungkin boleh lebihkan sikit saiz kain pada mulanya. Saya, yang salah potong saya buat balut polistren untuk hantaran yang tak bungkus :D

3)Gaya Ikatan - Ada banyak gaya ikatan yang boleh dicuba.. boleh tengok idea dari IG yang ada dan ada juga Youtube yang ajar cara mengikat. Saya gunakan getah rambut sebelum sorokannya di sebalik kain dan pinkan.. Gaya ikatan sangat penting kerana menentukan finishes nya.

4)Bunga - Boleh guna bunga biasa atau bunga segar. Kalau ikatan tak kemas, bunga memainkan peranan untuk sorokkan ikatan tu. :D Bunga artificial lebih mudah untuk dipin pada kain dan lebih mudah diuruskan berbanding bunga segar. Saya guna bunga segar sebab alang alang pergi floristika. 

Tips Bunga Segar melalui berbagai pembacaan : Saya beli bunga awal sehari kemudian saya guntingkan daun, potong serong pada pangkalnya, bukak balut bunga yang putih tu untuk kembangkan dan biarkannya dalam baldi berair dalam bilik aircond. Esoknya baru guna. Bunga nampak lebih kembang masa ni. Gunakan bunga import untuk kualiti lebih baik.

 
Floristika.. heaven bunga segar

Bunga artificial dari Kaison. Still menarik untuk dibuat bouquet. 
Boleh guna untuk hantaran juga

5) Jarum peniti
-
Saya beli di kedai jahit.. pasti tajam.

6) Box - Saya pilih box yang keras dan masukkan cebisan paper untuk pastikan barang tidak bergerak dan nampak cantik bila box dibuka. Kan hadiah... :)


So overall.. macam ni hantaran yang dapat dihasilkan hari tu. Macam magik tiba tiba siap. Maklumla first time buat hantaran dan sireh junjung ni. Saya betul betul try an error. Nasib baik box dah balut siap dari awal dan diikat so masa hari last tu.. malamnya nikah, saya gigih siapkan bunga saja sebab bunga segar tak boleh buat awal sangat. 






Ni hari tukar tu... cantik kan yang dari sana, simple and sweet.




Hopefully... dapatlah idea sikit pada yang nak mencuba. :)




















Sep 3, 2020

Trend Wedding Tahun 2019 / 2020

Aha.. lambat nak update pasal ni. Adik saya sempat kahwin before pkp bulan satu lepas.. :)

Dah almost 10 years dah saya berkahwin. Tentu trend skrang dah tak sama kan. Blog saya pon dah lama tak cerita pasal wedding. Last zaman survey survey dulu la. So, kali ni nak cerita sikit and lebih pada some notes tentang wedding tahun 2019. 

Out of a sudden, awal tahun haritu adik lelaki kesayangan yang pertama nak kahwin. Jadi sama sama lah menolong survey. Belah lelaki ni selalunya lebih simple. Through out simple survey yang dah dibuat , a few things yang kita dapat notice are:

Trend Wedding All in Package

Sama ada nak buat kenduri di mana pun, vendor sekarang dah pandai team mate bersama sama jadi kebanyakan pakej perkahwinan datang sekali. Baru lagi sepupu hubby kahwin, dia ambil pakej kahwin di rumah all in sekali catering, khemah, pelamin, baju pengantin dan fotografi. Waktu saya kahwin dahulu, pakej catering dan khemah boleh datang sekali dan butik andaman selalu sediakan pelamin, baju dan sesetengah offer juga fotografi. 

Nampak sekarang trend caterer sudah semakin berkembang. Since catering adalah cost terbesar, caterer dah ramai ambil job sebagai main event planner. Mereka mengetengahkan venue mereka sendiri dan service catering mereka sebagai tarikan utama. Venue selalunya telah sediakan pelamin dan deko yang cantik cantik. Mereka selalu turut offer servis pakaian dan andaman daripada team mate mereka. Kos servis ni boleh range dari RM21 sekepala ke atas untuk 1000pax .. depends on venue yang dipilih. Ada tiga venue yang saya dah tengok, range harga antara RM21 ke RM30 sekepala untuk 1000pax. Ada yang include baju dan andaman, ada yang tidak include.

we've been to RUANG dan their place are awesome.. food tasting pon bagus 

Some other yang menarik perhatian kami include Mazmida catering dan Bizmilla catering. I've been to several Mazmida catering event.. to me their food memuaskan hati.  I've been to events at star avenue. Quite a good venue to do wedding reception. My mom all time favorite is actually Ekhwan when it comes to food. But for this time, we settle with Mahabbah Catering for a package. My mom tanak pening pening to handle a few vendor. In it is all their decision :D Overall, puas hati with the overall service and affordable price.




Hantaran Rahsia

Dalam tengah survey survey ni, jumpa pulak trend terbaru hantaran. Dikatakan mengetengahkan elemen tradisi dulu2, hantaran dibungkus dengan kain batik. So, zaman moden ni, hantaran dibungkus dengan kain yang selalunya satin, cantik pulak dihias dengan bunga di atas. Nama die pon sedap.. "Hidden hantaran" Plan to share about this later.

My first time buat hantaran in my life :D



Ready Made Wedding Dress

Sebab adik saya ni lelaki, saya bagitau dia, kalau nak wedding yang simple, baju pengantin perempuan boleh je kalau beli ready made. Sekarang, butik butik banyak sediakan baju cantik cantik sesuai untuk tunang, nikah atau pun reception.. ready made bawah RM500. Saya paling suka ainahariz. 

Digital Invitation

Di era digital ni, kebanyakan invitation hantar di whatsapp sahaja. Map pon rely on google map. Jadi, why not apply digital invitation dengan design yg menarik. Ada satu yang sy tengok by aliveinvite, invitation digital interaktif.. dari tarikh boleh block date ke kalender, contact person list pada kad boleh terus klik untuk call. Map location pon link ke google map dan waze. Betul betul menarik dan sesuai untuk zaman sekarang. Bayangkan kad kahwin kita tu macam skrin tab.. bleh klik klik aje. Hanya send link kad tu dekat whatsapp.

Photobooth

Hampir semua wedding yang saya hadir, ada photobooth. Ala ala polaroid.. kita dapat gambar printed free. Ramai yang excited sebab lately, banyak gambar dalam phone je tak print. Lepas tu... siap dengan guest book :) Tak payah nak cari cari guest book lagi and dapat tahu la siapa yang datang daripada gambar - gambar ni.

Gerai Makanan

One of latest trend, kenduri kahwin include with additional gerai makanan sebagai tambahan kepada menu dari caterer. Antara yang famous, laksa, cendol, apam balik, goreng pisang dan keropok lekor atau pun roti john.

Highlight Professional Vendor

Walaupun banyak pakej all in sekarang. Sesetengah vendor lebih diberi perhatian oleh peminat peminat mereka yang sukakan hasil kerja tangan specialist. Al maklumlah kerja kahwin ni melibatkan seni. Antara profesional Vendor yang tak include dalam pakej tapi sentiasa menjadi pilihan pengantin seperti specialist make up artist,  photographer and videographer, inai airtist, hand bouquet dan decorater seperti chalk board art. Vendor vendor ini selalunya dipilih atas hasil seni mereka dan pengantin selalunya memilih mereka berasingan kerana mahukan hasil yang terbaik.

Nanti ada masa kita update sikit pasal actual wedding ye :D