Jul 18, 2019

Tentang Breastpump Medela

Dah bertahun berlalu dari masa saya kata nak review tentang Medela Freestyle. hehe

Saya dah bersalin anak ketiga dah tahun 2019 ni. Alhamdulillah dah 4 bulan lebih si comel menyusu dan medela freestyle yang saya beli masa abang nya yang dah umur 5 tahun lebih tu menjadi teman paling baik saya. Waktu abang dulu saya sempat gunakannya selama beberapa bulan saja. Dari awal hari baby saya kena jaundice dan kena tinggal di hospital, saya dah mula menggunakan pam medela ni untuk season kali ni. Saya guna juga untuk buat stok sikit bermula sebulan sebelum mula kerja.Ye saya sangat sukakannya.. saya rasa serasi.. selesa menggunakan freestyle cuma tak freestyle sgt la sbb sy personally tak suka cangkuk freestyle tu. 


Medela freestyle

Performance medela freestyle ni bagi saya ok la.. sebab saya heavy use jugak sehari 3 ke 4x pam sebab kerja.. tapi.. tak bermakna dia takde masalah. Sebab pam saya dah lama tersimpan, perkara pertama yang saya buat ialah menukar membrane kuning tu for hygiene purpose. Yang lain saya cuci dulu. Selepas sebulan kerja, pam saya mula ada sign slowing down so bawak  pergi cek di mother first choice, end up saya kena servis dan tukar plastik parts pemegang breastshield tu. Sebab saya tak beli freestyle with lactequip warranty jadi mother first choice bagi servis yang baik untuk servis pam saya. Cuma spare part medela ni quite expensive jugak la bila nak tukar.


pump parts that need to be washed

So overall, saya berpuas hati dengan medela freestyle ni.. especially for suction la. Saya rasa sebab serasi jadi saya dapat collect milk dalam quantity yang Alhamdulillah cukup dan saya sangat berpuas hati. Parts nak cuci after pumps xbanyak dan mudah dicuci. Tapi saya tahu ada banyak pam sekarang dalam pasaran jadi mungkin ada yang lain yang bagus dan harga lebih murah dari freestyle. So far, after ameda, swing single and freestyle, saya rasa saya lebih sukakan freestyle. Cuma, lain orang mungkin berbeza so mungkin anda lebih serasi dengan pam yang lain.

My advice is.. if this is your first time nak try pumping milk and make it works for breastfeeding while kerja, first, mungkin if suka sangat freestyle, sewa dulu pam untuk cuba. Breast pump are best bought bila dah ada susu.. tetapi sangat membantu juga jika ada awal especially bila ada case flat nipple or baby kena jaundice and kena tinggal di hospital. Sesetengah orang beli pam yang murah dulu lepas tu upgrade to freestyle bila dah try after dah ada susu. Unless if you don't mind untuk spend almost RM2000 untuk current price medela freestyle, I recommend go for it. There's always second hand market :D