Dah lama sangat nak tulis pasal ni.. Dah tepat pukul 1 dan memandangkan I pose.. so jom tulis sikit pasal dua topik di atas yang confirm akan panjang berjela.
Rasanya sebelum tak pernah lagi menulis sesuatu berkaitan dengan pekerjaan hakiki harian :p hahaha.. cuma menulis sesuatu dengan element of costings sebab we all trained to do that :D Dah2 lupakan tentang aku.. sebab cerita ni tentang semua :)
Lebih kurang setahun lepas yang lalu, aircond rumah aku yang memang dah exceed 3 tahun tu mula lah menunjukkan tanda - tanda kena servis.. tak sejuk.. tak sejuk.. filter memang la hubby selalu je basuh filter.. Tapi ini servis extra dari basuh filter. Aku pon cakap la siap - siap kat hubby aku malas la nak panggil orang - orang yang de sangkut paut ngn opis aku..' kawan kawan atau kontraktor' :D :D Sebab hubby is an IT exec.. so first terus bukak facebook cari.. and we come across this pakcik.. Malay pakcik yang buat servis aircond dari rumah ke rumah. Hubby pon call dan buat temujanji ngn pak cik ni. Bagus pakcik ni.. usia dah dalam 50an rasenye ke 60 dah.. Datang memang on time. Die takde la panjat - panjat. Die datang ngn workers yang berbangsa asing tapi ditrain untuk servis aircond.
While hubby sibuk tengok staf pak cik ni buat kerja aku pon sembang la sikit ngan pakcik ni. Ntah macam mana masuk plak topik tender dan sebutharga gomen.. Pakcik tu laju aje cakap gomen asyik bagi kontrak pada orang yang sama..Aiks..( accusing my office) huhu.. aku tak marah pon sebab tahu.. banyak cakap cakap orang dan persepsi berkaitan tender dan sebutharga gomen.
Aku pon tanya yang basic basic je.. Sebab nak masuk tender gomen first, knowledge la yang penting. Sebab daripada knowledge kita akan tahu flow apa yang perlu dibuat. "Pakcik de lesen MOF ke CIDB ke tak". Dia cakap dia dah give up dah so dia tak renew. Give up sebab tak lekat pon ngn tender mana - mana. Tapi, dia jugak mengaku waktu dia ada lesen dulu dia dapat small job daripada banyak office gomen dan sebab dia kat facebook, sampai sekarang ada orang office gomen yang call tanya nak offer job only to find out yang dia takde lesen MOF.. (tu belum lagi cite Sijil Perolehan Kerja Kerajaan SPKK)
Tapi Alhamdulillah, pakcik ni masih berbangga sebab dia bertahan walaupun bussiness in actual market adalah mencabar dengan persaingan yang macam macam.. Thumbs up to pakcik sebab tak rely on government projek je.
So, daripada mukadimah cerita aku.. pe conclusion yang korang nak buat.. (takyah la cakap betul la pacik tu cakap.. tu yang kitorang rasa.. hohohoho) Korang ni kena pegi kursus kalo betul - betul nak pandai.. kalo google banyak orang bagi kursus pasal cam mane nak masuk tender gomen.. haha.. Nanti la I cerita pasal ni..
Alhamdulillah.. aku diberi peluang oleh Allah untuk duduk dalam satu organisasi yang aku deal dengan ramai kontraktor kecil - kecilan.. macam - macam bidang. I can see who success., who fails.. who struggle.. bukan mudah tetapi tidak susah dengan keinginan. (Ps : aku bukan kontraktor - aku pon tak tau struggle sebenarnya. Tapi jangan la buat korang rasa susah la.. tak boleh ni.. ) percayalah semua boleh.. percaya yang rezeki daripada Allah.. dan usaha.
Sama jugak untuk mak mak yang asyik cakap.. anak aku ni, tak pandai, nak jadi apa la.. tak masuk universiti.. Insha Allah rezeki tu Allah yang punya jadi lorongkan ke direction yang betul untuk membuka peluang yang lebih baik untuk anak anak.
Kenapa la agaknye gomen ni beriya -iya dengan kursus kemahiran yang macam - macam dan sijil vokasional. Anak anak yang nak masuk sekolah vokasional tu sila - sila kan.. cuma pastikan anda habiskan pengajian. Tidak semua kita lahir dengan IQ yang membolehkan kita masuk universiti tapi.. Allah dah janji setiap orang ada potensi diri masing masing yang kalau digilap, boleh jadi hebat. Being in my position, aku dah nampak ramai yang mendaki dari sijil sijil kemahiran tu last last bleh hidup senang. Insha Allah dengan cara yang betul.. you will go into that direction. Kalau korang nak tahu, percentage orang dapat kerja yang keluar daripada politeknik tu sometimes lebih tinggi dari yang graduate universiti.. nak nak bila graduate bawah 3.0.. untung orang yang diajar kemahiran hands on.. kalau tak dapat kerja pon boleh amek upah kan.. tapi so far, banyak peluang kerja untuk orang orang yang ada skill kemahiran ni.
So, kalau la ada adik adik diluar sana rasa tertekan la sebab tak dapat A yang banyak - banyak tu, takpe.. ambil peluang untuk belajar kemahiran di mana - mana. Bleh la korang masuk IKM ke.. Adtec ke.. ILP ke.. Politeknik ke.,, kalo agak - agak nak try jadi skill worker company over sea tengok tengok Malaysia Japanese Ins ke Malaysia German Ins ke Malaysia France Ins ke.. dan lain lain tempat yang offer course kemahiran. Look into specialist punya direction.. peluang untuk jadi technical people in shipping ke oil and gas ke.. (if korang nak gaji extra la). Yang minat elektrik.. usaha sampai dapat lesen chargeman.. gaji riban - riban tu chargeman yg level tinggi2 tu.
Why I ask you guys to go for specialist.. anything special ni higher fees la kan.. kalo korang masuk tender pon tak ramai.. in example, tender cleaning, easily 100 orang bleh enter tapi kalau korang masuk tender sanitary waste ke pest control ke.. automatic no of people yang masuk bleh drop less than half daripada yang masuk cleaning tu. Kenapa? sebab specialist.. nak buat pest control kena ada lesen racun... Of course kos mula selalunya lebih mahal untuk jadi kontraktor camni.. nak belajar.. nak buat lesen sume..Sama la kontraktor CIDB pon ada kategori yang specialist contoh macam paip air.. kena ada lesen Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.. baru la boleh ade lesen buat paip air by CIDB.
'Ala kak.. tapi adik ni takde duit.., mak ayah bukan orang senang..'
Ye.. takpe, boleh mulakan proses belajar kemahiran tu yang biasa2 je.. belajar wiring kat IKM. Tak salah pon.. atau mana mana yang memang bagi pinjaman or elaun gomen.. Next step.. Untung la kalau mula - mula pon dah dapat masuk company best best... de peluang nak naik.. de peluang nak dapat gaji banyak.. tapi kalau ditakdirkan belum ada rezeki lagi.. takpe, jangan mengalah. Masih ada ruang untuk bina kerjaya yang baik.
Al kisah jalan susah... ade sorang mamat yang ku kenal ni, bermula daripada bawah.. habes dapat sijil kemahiran, kerja dengan kontraktor yang buat servis aircond untuk gomen.. panjat tangga, buat servis aircond, sehingga pada satu tahap dia dah jumpa macam - macam masalah, dah pandai nak solve masalah berkaitan aircond yang of course die dapat melalui pengalaman dia bekerja. Dia pon dah start boleh jadi head.. monitor orang buat kerja.. lepas tu move plak jadi subkontraktor.. orang lain dapat tender, tapi dia yang buat.. and dapat upah la.. Now, Alhamdulillah dengan usaha yang lama tu.. dia dah de buka company sendiri, dapat pulak job kontrak atas nama company dia sendiri.. So, semua tu tak mustahil..
P/s : korang kalau dah buat job subkontrak tu tolong la mintak surat yang mengatakan korang buat kerja subkontrak kontraktor pe...value sume.. official. Sebab kalau main kontraktor tak keluarkan surat... profile company bab pengalaman tu macam zero.. macam korang takde pengalaman. Padahal banyak pengalaman.. setengah tempat tak layan list pengalaman tanpa bukti. Memang la kalau mula - mula bukak company, terus nak dapat projek gomen tu susah sikit.. sebab tu la bila buat kerja subkontrak, bila buat kerja kecik - kecik kilang or office mana mana tu.. sume mesti minta surat untuk buktikan pengalaman korang.. baru la peluang tu lebih cerah.
Tips seterusnya.. haha.. pastikan korang berdaftar.. first, daftar syarikat SSM.. pastu, daftar la Kementerian Kewangan MOF ngn CIDB, dapatkan sijil perolehan kerja kerajaan.. Kalau takde banyak duit, mulakan dengan company kecik2.. score untuk job kecil kecilan dulu sebelum aim yang besar besar.. nanti dah running bolehla upgrade ke.. bukak company baru ke. Rajin - rajin tengok iklan sebutharga kat website.. build networking untuk dapatkan kerja - kerja runcit yang panggilan direct. Jaga prestasi.. fail prestasi ade can kne banned dengan semua agensi. Jangan tipu pengalaman.... tak berkat boleh tergugat.. huhu..
So far, kalau orang yang asyik dapat tender tu dia ada beberapa kebarangkalian yang biasa terjadi.. 1) dia duduk kat kedai kopi bgtau aku dapat projek ni.. yes.. korang ingat company dia padahal dia project manager utk company lain.. so dalam teknikalnya.. tak nampak orang yang sama dapat projek sebab owner company lain lain.. P/S: kalau pape jadi projek telangkup kitorang confirm cari owner.. jagalah lesen anda dengan baik :D
2) Die memang bagus... dia buat market study.. harga dia tepat pada sasaran yang dikehendaki.. dia dah masuk tender banyak kali.. dia dah tahu nak establish trend.. (yup.. this is bussiness so this is market). At least dah jumpa la jenis orang yang macam ni.. macam mana pun percaya rezeki milik Allah.. siapa usaha dia dapat.
Dan last and not least... baca betul betul.. kalau kena pergi lawat tapak tu pergi.. dengar apa dokumen nak sume.. dapat dokumen tu baca betul - betul2 kulit ke kulit.. hehe.. barulah requirement untuk short listed tu mengena sbb sume doc yang perlu tu ada.. dan of course Harga yang baik.. yang hanya anda akan pandai dengan pengalaman.
Ok.. habes jugak akhirnya cerita panjang aku... aku nak sambung buat kerja plak ! Kalau de manfaat yang korang dapat daripada artikel ni.. Alhamdulillah.. doakan aku dan family bahagia dunia akhirat.. :) Dapat rahmat untuk masuk syurga :D