Awal tahun 2020 hantaran rahsia mula menjadi trend terkini. Pada asalnya, ia dikatakan mengikut kembali hantaran zaman silam yang dibungkus dengan kain batik. (ni saya tak pasti.. saya baca dari orang lain juga, tak ingat di mana :D). Yang bestnya term sekarang, hantaran ini dikatakan bagus kerana kalis makcik bawang sebab makcik bawang tak dapat tengok la apa yang dibaginya.. harganya mahal ke murah. Brand apa. Ini positive side kalau kita buat hantaran begini. Tapi tu la, untuk fotografi, perkara seperti susunan barang dan jenama menjadi addition jugak.. hantaran nampak pelbagai gaya, ada jenama, banyak shoot menarik boleh diambil. Ada gambar kenangan.. gambar professional untuk barang barang hantaran ni. Ye lah, barang barang ni bukan kalis waktu kan :D
Untuk adik saya haritu.. macam yang saya dah tunjuk sebelum ni, memang saya buatkan hantaran begini. Adik saya dan wifey dia yang nak.. jadi saya ikutkan saja. Mana mana pon ok. Cakap pasal hantaran ni.. kalau tak nak fikir banyak banyak boleh je upah orang buat. Bergantung pada bajet yang ada. Macam saya, kitorang nak explore style baru ni dan saya nak explore penggunaan bunga segar sebab alang alang nak buat sirih junjung pakai fresh flower so saya lump sum kan saja bunganya. Kalau ada masa boleh calculate betul betul, survey harga barang nak buat dan upah membuat jadi boleh decide nak buat sendiri atau upah orang saja.
Antara vendor yang buat Hidden Hantaran yang saya refer juga untuk tengok idea.. macam gambar gambar next ni.. Ada jugak ig diorang kat gambar ni nanti boleh refer pada IG ni ye.. Gambar gambar semua milik owner IG tersebut ye. The hantaran by nj , Moments by Biela , Haejabudiman.co , Deanna creations
Cantik cantik diorang buat. Saya first time buat so gitu gitu je la :D Tapi kalau nak cuba, saya bagi tips sikit berdasarkan kesilapan yang saya buat.
1) Pemilihan Kain - Kain kalau mahal memang nampak macam ekslusif sebab satin mahal dan murah effect dia tak sama. Tapi, lebih baik kalau dapat kain yang murah dan masih nampak eksklusif. Bergantung pada ikatan yang kita nak, kain yang ringan dan tak tebal, lebih senang nak dipelbagaikan gaya ikatan. Kain tebal lebih sukar dibentuk bila licin macam satin tebal. Mungkin perlukan banyak peniti untuk kemaskan untuk yang beginner macam saya. Saya suka tengok orang menggunakan kain seperti songket. Ia tebal tetapi tidak licin. So, masa beli kain.. pegang kain rasa kalau dibunjutkan mudah atau sukar dibentuk. Atau, jika ingin dilipat kemas seperti songket, bagaimana. Kain kali ni mak saya yang beli. Saya pasrah saja dapat satin tebal :p2)Potong Kain - Part ni susah juga untuk yang tak berpengalaman, saya cuba gunakan macam tudung bawal dulu untuk cuba sebelum mengagak saiz kain, tapi tu la, bergantung pada jenis kain, kadang kadang saiz yang dicuba tidak tepat. Bawal lembut dan mudah dibentuk berbanding satin tebal. Mungkin boleh lebihkan sikit saiz kain pada mulanya. Saya, yang salah potong saya buat balut polistren untuk hantaran yang tak bungkus :D
3)Gaya Ikatan - Ada banyak gaya ikatan yang boleh dicuba.. boleh tengok idea dari IG yang ada dan ada juga Youtube yang ajar cara mengikat. Saya gunakan getah rambut sebelum sorokannya di sebalik kain dan pinkan.. Gaya ikatan sangat penting kerana menentukan finishes nya.
4)Bunga - Boleh guna bunga biasa atau bunga segar. Kalau ikatan tak kemas, bunga memainkan peranan untuk sorokkan ikatan tu. :D Bunga artificial lebih mudah untuk dipin pada kain dan lebih mudah diuruskan berbanding bunga segar. Saya guna bunga segar sebab alang alang pergi floristika.